Mengenai Saya

Foto saya
kuala kubu bharu, selangor darul ehsan, Malaysia
bidang kemanusiaan di sekolah menengah kebangsaan dato' haji kamaruddin di bandar kuala kubu bharu..

Sabtu, 2 Januari 2010

selamat bertugas semula buat warga smkdhk

selamat bertugas kembali kepada semua warga guru smkdhk kkb untuk tahun 2010. Di harap kita semat azam baru yang lebih bersemangat demi untuk mencapai visi sekolah " SMK Dato' Hj.Kamaruddin Cemerlang Dan Gemilang 2012". Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru ,terutama di bawah Bidang Kemanusiaan di atas segala usaha gigih yang telah dilakukan sepanjang tahun 2009.
Kepada panitia geografi, sejarah dan Pend.Islam tahniah dan syabas diucapkan dengan pencapaian yang diperolehi dalam PMR baru-baru ini. Kepada Panitia Geografi sekali lagi tahniah kerana berjaya mengekalkan jumlah pencapaian A dalam matapelajaran geografi.Diharapkan pada tahun 2010 semua panitia di bawah bidang Kemanusiaan akan lebih bersungguh-sungguh lagi untuk memperolehi peratus pencapaian yang terbaik samada dari segi kualiti dan kuantiti ,InsyaAllah ...mudah mudahan Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar kepada kita. Abaikan segala apa yang orang kata tentang kita, apa yang penting kita lakukan yang terbaik untuk anak didik kita, demi untuk membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi.

Menjadi seorang guru merupakan satu landasan yang betul dan tepat kerana guru adalah "Jutawan Akhirat ", berada di landasan guru merupakan landasan ke syurga. Namun malang jika kita tidak dapat masuk syurga dengan tiket seorang guru. Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga guru, khasnya warga guru SMKDHK,KKB semoga dengan munculnya tahun baru ini kita menjadi guru yang lebih baik , lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan setiap amanah yang diberi, kerana kitalah orangnya yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan pemimpin masa depan yang gemilang. Tanggungjawab itu amat berat, ianya tidak dapat dilakukan kalau dengan hanya usaha yang tidak seberapa. Dalam menjalankan tugas inilah kita warga guru kena istiqamah dan perbanyakkan doa kepada Allah SWT semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan dan kebijaksanaan yang jitu demi menjalankan amanahNya. Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan