Mengenai Saya

Foto saya
kuala kubu bharu, selangor darul ehsan, Malaysia
bidang kemanusiaan di sekolah menengah kebangsaan dato' haji kamaruddin di bandar kuala kubu bharu..

Rabu, 30 Disember 2009

kembara raya

Pada hari kedua kami kembara lagi... kali ini rumah Pn.Hadiniah ,Pengerusi MGKT kami. Orang kuat kamilah ... Jam 10 pagi kami berada di rumahnya. Sedap...... kami takut nak makan banyak, takut ruangan kat perut kami cepat penuh, yang isi semalam masih belum habis diproses, nanti nak berkunjung ke rumah Boss pulak. Ingat...... simpan perut tu... nanti kat rumah boss apalah pulak menunya. Tapi tak pe... rumah boss kena panjat bukit sikit. Harap-harap yang dah masuk ni cepat sikit diproses.

Alamak...... banyaknya menu.... kan dah cakap.. jangan banyak menu sangat, kami ni dah berat perut... tapi sedap punya pasal makan jugak.. seme nak rasa. Macam memilih menu kat Bazar Ramadhan pulak.. punyalah banyak. Tapi sayang hari ni tak bawa kamera.. tak dapatlah dan rakam kenangan.Tapi tak pe kembara kami tetap meriah. Walau pun penat tapi seronok...... rugilah kawan-kawan yang tak berkesempatan untuk bersama. InsyaAllah tahun depan kita kembara lagi. Walaupun pengerusi kita dah bertukar orang, tapi program tetap boleh dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan