Mengenai Saya

Foto saya
kuala kubu bharu, selangor darul ehsan, Malaysia
bidang kemanusiaan di sekolah menengah kebangsaan dato' haji kamaruddin di bandar kuala kubu bharu..

Rabu, 30 Disember 2009

Program kembara raya 2009

(gambar di rumah Pn.Azmawati....)


Warga kelab guru SMKDHK telah mengadakan program kembara raya sempena Idilfitri pada tahun ini. Kami bersetuju untuk menentukan jadual rumah-rumah guru dan kakitangan yang akan diziarahi. Pada hari pertama sebelah pagi kembara kami menuju ke rumah guru-guru di Rasa Tambahan dan Taman Keruing Rasa. Antara rumah yang kami ziarahi ialah rumah Pn.Azmawati di Rasa Tambahan. Kemudian kembara kami menuju ke Taman keruing Rasa , iaitu rumah Pn.Fadilah Musa, Pn.Hasinah Bt Ahmad , Pn. Rahimah Misnon ,Pn.Aliza Bt Ahmat , Pn.Juwariah Abd Rahman dan berakhir di rumah Pn.Zeeta Mahani. Setiap rumah yang kami pergi berbagai-bagai juadah disediakan sehingga perut kami terlebih kenyang. Setiap destinasi di akhiri dengan upacara bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.



(gambar di rumah Puan Juwariah)



Sebelah malamnya kami kembara lagi.... kali ini rumah Pn.laili Yahya menjadi sasaran destinasi kami. Alamak .....pedasnya kak Laili.... ternganga nganga kami dan anak-anak, menunya pulak alamak! banyaknya, al-maklumlah guru usahawan katakan..... hari-hari memasak kat sekolah. Macamana kami nak diet ni.... tak pe.. sekali sekala, lepas ni sambunglah diet. Kami pulang dengan perut kekeyangan.... terus tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan