Mengenai Saya

Foto saya
kuala kubu bharu, selangor darul ehsan, Malaysia
bidang kemanusiaan di sekolah menengah kebangsaan dato' haji kamaruddin di bandar kuala kubu bharu..

Rabu, 30 Disember 2009

kembara raya

Kembara raya diteruskan lagi, tapi sedih penulis dah tak dapat diteruskan lagi.... kerana badan dah rasa nak demam. Demam kerana terlebih makan...... kali ni kembara raya terus ke Tanjung Malim dan Ulu Bernam . Ke rumah orang-orang kuat MGKT, Pn. Zuraidah M.Amin, Rozita dan Pn.Parawanida. Dengar ceritanya mereka berjamu durian..... panas-panas.... tapi kembara masih bersemangat. al-Hamdulillah.

Pada hari ketiga kembara raya terus melakar kenangan bersama di rumah Pn.Siti Shamsinar, Pn.Salmiah dan Puan Saerah. Penulis masih tidak dapat mengikuti lagi kembara kali ini. Sedih...tapi apakan daya kerana tetamu dah berjanji untuk datang ke rumah. Musim perayaan begitulah....seronok. Inilah masanya untuk mencuba resepi-resepi baru belajar setelah penat mencuba resepi pengajaran & pembelajaran berkesan di bilik darjah... sekadar release tension je. Cuma mendengar kabar dari geng-geng kembara raya, pada hari ketiga ini ahli sudah menurun, bukan apa masing-masing dah ada program-program lain yang tidak dapat dielakkan. Ada juga yang demam kerana kepenatan terlebih makan.Namun apa pun kembara raya buat pertama kali ini amat menyeronokkan. InsyaAllah pada tahun tahun akan datang kita buat lagi...... kepada pengerusi dan AJK MGKT yang baru dilantik diharap fikir-fikirkanlah... yang baik diteruskan . Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan